Total Pageviews

Saturday, 24 September 2011

Sambal Belacan Comel

 Assalamualaikum. Resepi kali ini adalah sambal belacan. Well, comel tahu diantara korang dah tahu membuat sambal belacan, tapi tak salah untuk berkongsi. Resepi sambal belacan ini adalah resepi yg di ajar oleh nenek saya iaitu Hajah Ainon.

Bahan:

5 tangkai cili hidup( dipotong 2)
3 biji cili padi
2 ulas bawang merah(dibuang kulit dan potong empat)
2 ulas bawang putih(di buang kulit dan potong dua)
sedikit halia(dikerat)
belacan(digoreng dgn minyak sedikit)
cuka
garam
gula

Cara-cara:

1) Kisar kan: cili hidup,cili padi, bwang mera,bawang putih, dan halia. Letakkan sedikit cuka dan kisar hingga hancur.
2) Masukkan belacan yang telah digoreng dan kisar semula sehingga sebati.
Sesudah itu, masukkan barang yang dikisar didalam bekas .
3) Letakkan sedikit juga jika pekat dan masukkan garam, dan gula. Kacaukan.
4) Sedia di hidang bersama ulam-ulaman.


Sambal belacan ini boleh juga di "modified" dengan meltakkan dgn apa jua cili dan perasa dgn mengikut selera anda.

No comments:

Post a Comment