Hi semua, selamat datang ke blog saya Resepi Si Comel. Blog ini baru dibuat pada 24/06/2011. Saya membuat blog ini kerana ingin kongsikan resepi-resepi masakan yang saya telah pelajari sekaligus mempromosikan hasil tangan saya kepada dunia. Dengan ini, pada permulaan post ini saya akan menceritakan pasal diri saya dan blog ini.
Nama saya Nuur Dhabitah binti Abdullah. Saya belajar disalah satu IPTA di Sabah. Saya berasal daripada kota kinabalu,Sabah. Saya sebenarnya sangat suka memasak sejak umur saya 10 tahun, dan mula memasak semasa umur 12 tahun. Saya belajar memasak daripada mama saya Juriah Haji Salleh dan daripada Apo(nenek) saya, Hajah Ainon.
Oleh itu, cita-cita saya adalah ingin menjadi Executive chef ataupun chef selebriti seperti Chef Wan. Chef Wan merupakan idola saya. Hal ini kerana, Chef Wan sangat pandai memasak dan semua masakannya sangat sedap. Saya bercita-cita juga ingin menjadi seperti beliau.
Kenapa saya menamakan blog ini RESEPI SI CUMIL?? Hal ini kerana, ramai kata saya comel, jadi saya gunakan cumil la. Selain resepi-resepi Melayu, saya akan juga berkongsi kan resepi masakan bukan melayu, seperti cina, india dan barat juga.
Sekian saja perkenalan blog ini.Terima kasih.
No comments:
Post a Comment